Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika berucap pada Majlis Sambutan 100 tahun rumh panjang Samu, Paku, Betong pada Sabtu. Foto TVS

Sarawak jana tenaga elektrik 10,000 MW, buka jaringan rentasi Borneo menjelang 2030

BETONG, 21 Sept: Kerajaan Sarawak menyasarkan kapasiti penjanaan tenaga elektrik sebanyak 10,000 Megawatt (MW) menjelang 2030 sekali gus membuka jaringan kuasa tenaga merentasi Borneo yang memberi pulangan positif kepada masa depan negara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis usaha ke arah memperkasa ekonomi melalui tenaga yang boleh diperbaharui itu bakal dicapai berikutan Sarawak kini giat meneroka sektor tersebut.

“Saya fikir 2030,kita mengeluarkan 10 megawatt, sasaran kita adalah 10, 000 megawatt, kita guna lebih kurang 6, 7 megawatt, manakala selebihnya kita akan jual kepada jiran.

“Selain itu, kita akan memperluaskan menjelang 2035 untuk mengeluarkan 15 gigawatt kerana pada waktu itu kita ada ‘gas groups’, jadi inilah ekonomi kita,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Samu, Paku, Betong,disini hari ini.

Abang Johari dalam pada itu mendedahkan perancangan Sarawak selepas ini adalah untuk mengeksport lebihan tenaga ke Singapura dan Indonesia sambil meyakini inisiatif itu akan melonjakkan sektor ekonomi negara.

“Hari ini pun kita ada konsul dengan Indonesia, mengeluarkan tenaga kepada Kalimantan dan juga kepada Nusantara, jadi negeri kita sudah ‘merayap’ tetapi kalau jika hendak ‘merayap’ biarlah badannya kuat,” ujar beliau.

Terdahulu, majlis menyaksikan Abang Johari diberi penghormatan untuk merasmikan Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Samu, Paku, Betong.

Untuk rekod, rumah panjang 24 pintu itu dibina pada tahun 1924.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan