Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika berucap pada Majlis Sambutan 100 tahun rumh panjang Samu, Paku, Betong pada Sabtu. Foto TVS

Sarawak bakal umum ambil alih Affin Bank minggu depan

BETONG, 21 September: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan keputusan pengambilalihan pegangan majoriti dalam Affin Bank Bhd oleh Kerajaan Sarawak pada minggu hadapan.

Beliau berkata rundingan berkaitan memperoleh pegangan terbesar dalam bank berkenaan termasuk keperluan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) kini hampir selesai.


“Kita mahu pengambilalihan Bank (Affin Bank). Tidak lama lagi, semua sudah selesai termasuk Bank Negara pun sudah. Tunggu kita sahaja dalam seminggu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Samu, Paku, Betong pada Sabtu.

Abang Johari berkata usaha berkenaan membuktikan sudah tiba masa untuk Sarawak memilik perbankan sendiri yang membentuk ekosistem perbankan bagi memperkasakan ekonomi wilayah ini.

“Saya takut orang berhabis beli stok nanti, kita sudah ada bank kita sendiri, kalau dulu bank dipegang oleh orang Malaya, ini kita bawa bank Malaysia datang ke Sarawak dan menjadi satu ekosistem kita,” jelas beliau.

Terdahulu, pegangan blok saham Sarawak dalam Affin Bank telah meningkat kepada kira-kira 30 peratus daripada 4.8 peratus.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan