Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy menyerahkan cenderamata kepada PPWE Limbang. Foto TVS.

Rujuk JKM bagi isu kanak-kanak hamil bawah umur, jenayah – Nancy

LIMBANG, 21 Sept: Masyarakat terutama ahli keluarga yang berdepan kes kanak-kanak hamil bawah umur atau terlibat dengan jenayah diingatkan agar merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan dan penjagaan yang wajar seperti ‘berteduh’ di rumah perlindungan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata kanak-kanak bawah umur merupakan tumpuan pihaknya bagi membendung gejala sosial dan jenayah dalam kalangan golongan sasar itu.

Jelasnya isu remaja hamil bawah umur dan terlibat jenayah bukan perkara baharu dan pelbagai program advokasi dijalankan kementeriannya bersama agensi berkaitan bagi menangani masalah itu secara bersama.

“Kanak-kanak bawah umur merupakan kumpulan sasar kita juga, cuma kalau tidak dimaklumkan kepada kita, kita tidak tahu.

Kalau dia terlibat dalam jenayah, perlu ada laporan polis dulu dan mereka perlukan perlindungan.

“Kita ada rumah perlindungan dan institusi tertentu untuk kanak-kanak ini termasuk di Sarawak untuk menghantar mereka seperti ini dan masyarakat perlu merujuk dulu kepada JKM,” katanya ketika ditemui media selepas Program Ramah Mesra KPWKM di Pejabat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Katanya lagi semua pihak termasuk masyarakat harus berganding bahu dalam usaha menangani isu kehamilan remaja yang semakin membimbangkan selain mengajak lebih banyak lagi agensi dan kementerian-kementerian yang lain dalam menangani isu tersebut.

Terdahulu, berdasarkan maklumat daripada JKM Bahagian Limbang, daerah ini mencatatkan sebanyak 42 kes merangkumi kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, kanak-kanak terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak hamil luar nikah dari tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

Dri jumlah itu, 16 kes melibatkan kanak-kanak hamil luar nikah, 15 kes kanak-kanak terlibat dengan jenayah dan 11 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan