Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pilihan raya Presiden di Sri Lanka bermula pada Sabtu, dengan lebih 17 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. Foto AFP

Pilihan raya Presiden Sri Lanka bermula

ByBernama

COLOMBO, 21 Sept: Pilihan raya Presiden di Sri Lanka bermula pada Sabtu, dengan lebih 17 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, lapor Xinhua.

Seramai 38 calon bertanding dalam pilihan raya presiden tahun ini termasuk Ranil Wickremesinghe, Sajith Premadasa dari parti pembangkang Samagi Jana Balawega (SJB) dan Anura Kumara Dissanayake dari Kuasa Rakyat Negara (NPP).

Lebih 13,000 pusat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan dan akan ditutup pada 4 petang Sabtu.

Seorang calon perlu memperoleh lebih 50 peratus undi untuk memenangi pilihan raya. Jika tiada calon memperoleh majoriti sedemikian, ia boleh membawa kepada pengiraan undi pusingan penentuan, di mana pilihan kedua atau ketiga pengundi dikira sebagai dua calon teratas.

Gotabaya Rajapaksa, yang memenangi pilihan raya presiden pada November 2019 meletak jawatan pada Julai 2022 di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara itu.

Wickremesinghe dipilih sebagai presiden dalam pilihan raya yang diadakan di parlimen susulan peletakan jawatan Rajapaksa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan