Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu treler maut selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Pesisir Pantai, Miri. Foto IPD Miri

Pemandu treler maut kemalangan dengan kereta di Miri

MIRI, 21 Sept: Pemandu treler maut selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Pesisir Pantai di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu yang mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi itu berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun yang datang dari arah Kampung Iran menghala ke Sepupok, Niah manakala sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati, kenderaan jenis Proton Saga telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan seterusnya telah melanggar pemandu treler yang berada di sebelah kanan luar kenderaan.

“Kemalangan ini juga telah menyebabkan kenderaan Proton Saga mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian dan pemandunya hanya mengalami kecederaan luka ringan pada kaki dan tangan.

“Pemandu treler yang dilanggar pula telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan treler tersebut telah mengalami kerosakan pada bahagian kanan lori.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan