Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Kelab Kuching City, James Okwuosa dan Filemon Anyi ketika ditemui di Padang Bola Sepak Sintetik KDFA Taman Sourabaya di sini, pagi tadi.

Pemain KCFC teruja lihat aksi pemain cilik

ByAsmah Adenan

KUCHING, 21 Sep: Pertahanan kiri Kuching City FC (KCFC), Filemon Anyi menganggap Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petronas 2024 sebagai medan terbaik mencari pemain pelapis dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata, kejohanan anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu menghimpunkan ramai pemain muda berbakat dan mampu diketengahkan ke tahap tertinggi.

“Terima kasih kepada PETRONAS kerana menganjurkan kejohanan bola sepak seperti ini. Ini adalah platform terbaik mencari pemain pelapis dan ia patut kerap diadakan untuk kanak-kanak,” katanya kepada TVS di Padang Bola Sepak Sintetik KDFA hari ini.

Bagi pemain pertahanan tengah KCFC, James Okwuosa, beliau sangat teruja dan terhibur dengan aksi dipamerkan kanak-kanak yang menyertai kejohanan tersebut.

“Saya sangat teruja dengan penganjuran kejohanan seperti ini, kita dapat melihat bakat sebenar mereka.

“Kita dapat lihat mereka menunjukkan aksi hebat semasa perlawanan,” ujarnya.

Sebelum ini, PETRONAS memaklumkan kejohanan tersebut merupakan inisiatif dalam pembangunan belia dan pemerkasaan komuniti selain mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak.

Sebanyak 56 pasukan dari seluruh negeri turut serta dalam kejohanan ini dan dibahagikan kepada empat kategori bawah 10 tahun (B10), B12, B14 dan B16. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan