Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Para SUKMA: Misi buru kejayaan bermula hari ini

KUCHING, 22 Sept: Bahang kian dirasai oleh penyokong sukan tanah air dengan menyaksikan seramai 1,290 atlet bakal berentap pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke-21 Sarawak 2024.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, segala jerih payah serta dedikasi yang ditempuhi para atlet pasti membuahkan kejayaan di Bumi Kenyalang pada temasya yang bakal membuka tirai hari ini, 22 hingga 28 September 2024.

“Sukan ini adalah merupakan platform yang penting dalam usaha kita untuk meningkatkan kerjasama, rasa hormat-menghormati, semangat perpaduan yang kukuh, yang jitu di kalangan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Makan Malam Rasmi Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu.

Ujar beliau, temasya Para SUKMA ini turut menjadi wadah luahan inspirasi serta motivasi oleh semua warga dalam mendukung atlet-atlet Para SUKMA untuk mempamerkan keupayaan serta menyerlahkan bakat sukan yang ada pada mereka.

Menurut Abang Johari lagi, keupayaan atlet-atlet Orang Kurang Upaya (OKU) tidak harus dipandang enteng kerana mereka telah membuktikan kebolehan serta prestasi bersukan bukan sekadar di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penganjuran temasya sukan seperti Para SUKMA di sini menjadi platform untuk memperkasakan golongan OKU.

“Kita melihat sukan bukan sahaja untuk melahirkan atlet dalam kalangan OKU, bahkan kita melihat sukan adalah untuk memperkasakan golongan OKU, selain memberikan keyakinan kepada OKU kita dan seterusnya membolehkan mereka hidup secara bermaruah,” katanya.

Pada temasya Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024 ini, 15 kontinjen akan bertanding dalam 10 jenis sukan termasuk olahraga, renang, badminton, ping-pong, boling tenpin, boccia, boling padang, angkat berat, memanah dan catur.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan