Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara yang hadir ke Program Kesedaran Alam Sekitar, Kebersihan Sungai Miri hari ini. Foto NREB

NREB giat penguatkuasaan ‘Post-EIA Inspection’ di sungai Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 21 Sept: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bakal menggiatkan penguatkuasaan melalui Post-Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) Inspection bagi projek-projek yang dilaksanakan di sepanjang sungai Sarawak.

Menurut Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam, ia bertujuan untuk memastikan projek-projek tersebut mematuhi terma dan syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan.

Katanya, pada tahun 2023, berdasarkan pemantauan terhadap 66 batang sungai di seluruh Sarawak, sebanyak 11 sungai adalah dalam kategori Indeks Kualiti Air (IKA) ‘Bersih’ dan 50 sungai dalam kategori ‘Sederhana Tercemar.’

“Selebihnya, lima sungai dalam kategori ‘Tercemar,’ iaitu Sungai Kenyana, Sungai Penat, Batang Matu, Batang Jemoreng dan Sungai Miri,” katanya dalam satu kenyataan bersempena Program Kesedaran Alam Sekitar, Kebersihan Sungai Miri hari ini.

Jelasnya, bagi memastikan kualiti air yang bersih dan mengawal pencemaran air sungai, NREB melakukan pemantauan kualiti air sungai ambien secara berkala melalui pelaksanaan River Water Quality Monitoring Programme sejak tahun 1999.

Sementara itu, NREB telah menjemput penceramah daripada Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri untuk turut berkongsi maklumat mengenai Kepentingan Memelihara dan Memulihara Sungai, Kualiti Air Sungai Miri, Penyakit Bawaan Air dan Pencegahan Denggi, Keselamatan Sungai serta Pengurusan Sisa Pepejal.

Program-program seumpama yang dilaksanakan secara berkala oleh pihak NREB, bukan hanya sekadar langkah proaktif dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pencemaran alam sekitar dan kesannya kepada kesihatan manusia, tetapi juga sebagai seruan kepada semua pihak untuk turut bersama melakukan perubahan sikap serta tindakan positif untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Tambahnya, pelbagai pendekatan pengurusan alam sekitar telah dilaksanakan di Sarawak, antaranya ialah melalui penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan alam sekitar.

Pendekatan pendidikan alam sekitar merupakan elemen penting pendedahan awal kepada semua lapisan masyarakat akan kepentingan alam sekitar menerapkan rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara serta memulihara alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan