Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik. Foto hiasan Envato

Lelaki ugut bakar anak positif dadah, punyai 12 rekod lampau – Polis

ByBernama

KUANTAN, 21 Sept: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

“Suspek masih direman sehingga 25 Sept ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan dalam keadaan sihat.

Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata ibu kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis setelah menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.

Suspek dilaporkan bertindak demikian kerana dipercayai tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan