Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy memeriahkan Program Ramah Mesra KPWKM di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang. Foto TVS

KPWKM sediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli siber

LIMBANG, 21 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memberi perhatian terhadap isu buli siber terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, meskipun tugas itu tanggungjawab kementerian lain, KPWKM bersama agensi berkaitan turut memantau bagi memudahkan tindakan membantu mangsa sekiranya kejadian buli siber berlaku.

Menurutnya, isu buli siber sudah dibincangkan dalam Majlis Sosial Negara dan kementerianya berperanan memberi perkhidmatan terbaik berdasarkan keperluan bersesuaian melalui maklumat dan nasihat berkaitan kepada mangsa dan keluarga.

“Sebenarnya buli siber ini walaupun bukan dibawah kita, tapi kita turut memantau apabila ia melibatkan wanita dan kanak-kanak dan isu ini memang sudah kita bincang dalam Majlis Sosial Negara yang mana banyak kementerian bersama dengan kita.

“Keperluan untuk kementerian kami adalah untuk memberi kaunseling kepada mangsa terlibat,” katanya ketika ditemui media selepas Program Ramah Mesra KPWKM di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang hari ini.

Turut sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Nancy berkata, sesi kaunseling akan dijalankan apabila mangsa dan keluarga bersedia untuk diberi perkhidmatan tersebut bagi membantu meredakan tekanan yang dihadapi mangsa.

Katanya, KPWKM melihat isu buli siber semakin membimbangkan berikutan banyak kes berlaku.

Terdahulu seorang doktor pakar yang ditemui mati di kediamannya di Lahad Datu, Sabah, pada 29 Ogos lalu, dipercayai membunuh diri berikutan tidak tahan dibuli oleh ketua jabatannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan