Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Armizan Mohd Ali ketika merasmikan Program Karnival KPDN Peringkat Zon Sarawak. Foto TVS

KPDN terima writ saman pemula cabar dasar subsidi diesel di Sabah, Sarawak

KUCHING, 21 Sept: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup KPDN menerima satu writ saman permula daripada individu berkaitan dasar pemberian subsidi diesel kepada Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, writ saman permula itu diterima semalam menerusi sebuah syarikat guaman yang mewakili individu terbabit dengan writ saman turut diberikan kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, menurut writ saman tersebut tindakan kerajaan mengekalkan pemberian subsidi diesel kepada Sarawak dan Sabah adalah tindakan pilih kasih serta merugikan penduduk di Semenanjung Malaysia.

“Pemberian subsidi bagi Sabah dan Sarawak adalah polisi kerajaan, penggunaan kenderaan dengan bahan api diesel di Sabah dan Sarawak ini lebih besar.

“Penggunan itu disebabkan faktor keperluan bukannya kehendak bukan suka-suka kerana faktor geografi, dan jalan raya yang menuntut mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Karnival KPDN Peringkat Zon Sarawak di sini pada Sabtu.

Armizan berkata, selain faktor berkenaan, kewujudan jurang harga besar dari aspek harga dan perkhidmatan antara wilayah semanjung dengan Sabah dan Sarawak turut menjadi asas kepada penetapan polis berkenaan oleh kerajaan.

Katanya, profiling penggunaan bahan api diesel di Semanjung lebih mudah berbanding di wilayah Sabah dan Sarawak yang agak rumit disebab jumlah penggunaannya lebih rendah berbanding penggunaan yang tinggi di kedua-dua wilayah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan