Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Miri yang hadir ke Program Kesedaran Alam Sekitar, Kebersihan Sungai Miri hari ini. Foto NREB

Kerjasama semua pihak tangani pencemaran sungai di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 21 Sept: Semua pihak diingatkan bekerjasama menangani isu pencemaran sungai di Sarawak khususnya Sungai Miri.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Chiew Yew, bahan pencemar utama di Sungai Miri adalah tumpahan minyak, efluen industri dan pelupusan sisa yang tidak betul.

“Bahan pencemaran ini bukan hanya mengancam hidupan laut dan mengurangkan kualiti air tetapi juga memberi kesan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Walaupun industri perkapalan memainkan peranan penting dalam ekonomi kita, ia juga berpotensi memudaratkan alam sekitar jika tidak diurus dengan penuh tanggungjawab.

“Selain itu, masyarakat tempatan perlu memainkan peranan mereka dalam memelihara sungai. Sisa domestik, pencemaran plastik dan kumbahan yang tidak dirawat juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti sungai,” katanya dalam satu kenyataan bersempena Program Kesedaran Alam Sekitar, Kebersihan Sungai Miri hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga alam adalah tanggungjawab bersama.

Justeru itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan pelupusan sampah dilaksanakan dengan teratur, dan mempromosikan Program ‘3R’ (Reuse, Reduce, Recycle) kepada semua pihak di semua peringkat bagi mengurangkan pelupusan sisa pepejal.

“Kami menyeru anda untuk menerima pakai peraturan alam sekitar yang lebih ketat dan melaksanakan amalan yang lebih bersih dan selamat dalam pengoperasian harian seperti mengurangkan tumpahan minyak, memastikan pelupusan sisa yang betul dan menggunakan teknologi mesra alam,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan