Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Kanak-kanak empat tahun hanyut ditemukan maut

ByBernama

TAWAU, 21 Sept: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Kampung Ranggu, Batu 8 di sini semalam ditemukan maut pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

“Semalam BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini bermula pada 6.58 pagi menggunakan kaedah pencarian ‘surface rescue’ bersama agensi penyelamat lain dan orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemukan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jemishin berkata operasi berkenaan tamat pada 8.30 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan