Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak pelancaran GPEI pada 1988, lebih 2.5 bilion kanak-kanak diberi imunisasi terhadap polio. Foto hiasan AFP

Kanada umum sokongan baharu untuk pembasmian polio global

ByBernama

OTTAWA, 21 Sept: Kerajaan persekutuan Kanada pada Jumaat mengumumkan pembiayaan baharu bagi usaha pembasmian polio di seluruh dunia, lapor Xinhua.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Global Affairs Canada, sejumlah 151 juta dolar Kanada (US$111 juta) diperuntukkan untuk menyokong Inisiatif Pembasmian Polio Sedunia (GPEI), menjadikan sumbangan Kanada melebihi 1 bilion dolar Kanada (US$737 juta) sejak 2000.

GPEI serta rakan kongsi seperti Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan menyediakan dan memperluas perkhidmatan imunisasi polio berkualiti dan boleh diakses di seluruh dunia termasuk di kawasan yang terjejas oleh konflik, di mana terdapat akses yang terhad atau tiada akses langsung kepada perkhidmatan kesihatan asas.

Usaha ini akan memberi tumpuan kepada menghentikan penularan semua bentuk virus polio dengan memberi suntikan vaksin kepada lebih 370 juta kanak-kanak setiap tahun.

Polio adalah penyakit virus yang sangat berjangkit yang menjejaskan kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan boleh menyebabkan lumpuh serta kematian.

Sejak pelancaran GPEI pada 1988, lebih 2.5 bilion kanak-kanak diberi imunisasi terhadap polio.

Walaupun kes polio menurun sebanyak 99 peratus di seluruh dunia, penyakit ini masih belum dapat dibasmi sepenuhnya.

Pada Ogos 2024, Semenanjung Gaza merekodkan kes polio pertama selepas 25 tahun bebas wabak itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan