Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lepas dan direman hingga Isnin ini (23 Sept). Foto hiasan Envato

Dalang utama sindiket bawa masuk warga asing diserah kepada SPRM Selangor

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Seorang lelaki disyaki dalang utama yang bersubahat dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’ diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk siasatan lanjut.

Sumber SPRM memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lepas dan direman hingga Isnin ini (23 Sept) selepas permohonan dibuat di Mahkamah Seremban.

“Suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk tujuan permohonan reman.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan