Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa sesi bergambar. Foto: TVS

Beri peluang atlet muda menyinar dalam sukan taekwondo

MIRI, 21 Sept: Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berharap lebih banyak peluang diberikan kepada atlet muda untuk menyinar dalam sukan taekwondo.

Beliau berkata, ia penting untuk memastikan kualiti sukan tersebut meningkat dan atlet muda mampu dilatih untuk bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya berharap peluang diberikan kepada atlet muda terutama dari segi latihan, kemudahan dan jurulatih terbaik. Ini penting untuk memastikan sukan taekwondo terus meningkat dan kita menjadi juara.

“Kita juga berharap lebih ramai atlet Sarawak mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kejohanan Taekwando Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Tertutup Miri.

Kejohanan anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak turut menjadi platform menilai kemahiran dan taktik atlet selepas latihan intensif selama tiga hari bermula 20 hingga 22 September melibatkan 700 peserta.

Pada masa sama, Kim Shin turut memberi penghargaan kepada Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak kerana berjaya melahirkan ramai atlet berprestasi tinggi dan memenangi pingat emas terbanyak pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan