Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri KPWKM Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ditemui pemberita selepas menghadiri Program Wanita Dinamik di Arena Lawas. Foto Mohd Raffiq (TVS)

Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion

ByFebbright James

LAWAS, 21 September: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengemukakan cadangan peruntukan berjumlah RM3 bilion dalam Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata permohonan itu dibuat susulan kaajian dengan telitit terhadap program yang memberi kesan dan memberi manfaat kepada masyarakat namun kelulusan adalah tertakluk kepada Kementerian Kewangan

“Biasanya kita letak RM3 bilion lebih (cadangan peruntukan) tetapi RM2 bilion itu lebih kepada memberi bantuan kepada penerima.

“Kita akan senaraikan nama penerima bantuan yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Wanita Dinamik di Lawas hari ini.

Dalam pada itu, Nancy mengulangi cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.

“Perancangan kami untuk membantu wanita dan kanak-kanak sebab ada wanita yang bercerai namun tidak diberi nafkah.

“Kita nak sediakan satu platform untuk bantu mereka pergi ke mahkamah,” katanya

Dalam pada itu, selepas melihat kejayaan Kembara KASIH KPWKM yang julung kali diadakan dan Sarawak sebagai negeri dipilih, Nancy memaklumkan pihak kementerian bercadang untuk meluaskan kembara ini di negeri yang lain.

“Kita akan senaraikan dalam belanjawan untuk semua program dan kita akan himpunkan semua program di bawah Kembara KASIH.

“Itu menjadi perancangan kita sebab kita mahu ia (inisiatif) sampai kepada rakyat terutamanya hal kebajikan kerana ramai rakyat mengadu tidak ada peluang untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan