Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan dari udara kawasan sawah padi dan sekolah yang ditenggelami air ketika tinjauan situasi banjir dekat Jitra pada Khamis. Foto fail Bernama

Banjir: Lebih 5,800 hektar tanaman padi terjejas, nilai kerugian RM32 juta

ByBernama

PUTRAJAYA, 21 Sept: Seluas 5,822.59 hektar tanaman padi telah terjejas akibat banjir, dengan anggaran kerugian hasil padi mencecah RM32 juta di negeri-negeri utara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan MakananDatuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian telah mengambil langkah untuk membantu petani, penternak, dan nelayan yang terkesan dengan bencana tersebut.

Beliau berkata bantuan pasca bencana akan disalurkan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi tanaman padi, serta Tabung Bencana Pertanian (TBP) untuk aktiviti agromakanan lain.

“Selain bantuan tersebut, hari ini AgroBank turut mengumumkan tawaran moratorium kepada para pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang berlaku sekarang ini.

“Para petani, penternak, nelayan dan usahawan yang terlibat boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini di cawangan AgroBank yang terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata bilik gerakan bencana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di peringkat daerah dan negeri sedang memantau keadaan cuaca, membuat hebahan awal kepada golongan sasar dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara.

Beliau berkata KPKM juga telah mengarahkan KPKM Inc. mengadakan libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memastikan maklumat berhubung penyelarasan bencana banjir di peringkat daerah dan negeri sentiasa dikemas kini dan disampaikan kepada kumpulan sasar terutama bagi kawasan yang berisiko mengalami bencana.

Katanya KPKM juga bersedia untuk menggerakkan aset-aset yang diperlukan bagi membantu usaha-usaha menyelamat semasa banjir, sekiranya perlu dan setelah mendapat kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan