Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Seberang Perai Utara yang menempatkan mangsa banjir di Tasek Gelugor dekat sini yang ditutup sepenuhnya hari ini. Foto TVS

Banjir di Pulau Pinang pulih, semua PPS ditutup

GEORGE TOWN, 21 Sept: Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang, PPS tersebut membabitkan di tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dekat sini yang ditutup sepenuhnya setakat pukul 12 tengah hari.

“Adalah dimaklumkan bahawa semua PPS di Pulau Pinang telah ditutup dan kesemua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, paras air di tiga sungai utama iaitu Sungai Juru, Sungai Lahar Endin dan Sungai Jelutong juga telah turun ke paras waspada.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 497 mangsa daripada 136 keluarga berada di tujuh PPS berkenaan setakat 10 pagi semalam.

Sebanyak 11 PPS telah dibuka di ketiga-tiga daerah tersebut sejak 17 September lalu. ⁠- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan