Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim bersama ahli jawatankuasa menunjukan baju Yayasan Jantung Sarawak bagi program Walk-A-Mile sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia Tahun 2024. Foto Alex Teo (TVS)

Tingkat kesedaran jaga jantung

Kuching, 20 Sept: Yayasan Jantung Sarawak menyambut Hari Jantung Sedunia Tahun 2024 di Taman Perpaduan pada 29 September ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, tema sambutan tahun ini adalah Use Heart for Action.

Menurutnya, sambutan kali ini turut menekankan penyakit jantung kekal sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia.

“Statistik Pusat Jantung tahun lepas menyaksikan sebanyak 6,500 kes dikendalikan tidak termasuk pesakit membuat rawatan susulan.

“Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 2,000 kes disebabkan arteri jantung tersumbat,” katanya.

Beliau kata demikian pada Sidang Media Hari Jantung Sedunia Tahun 2024 di Wisma Bapa di Kuching, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Sim berharap orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan jantung dan pengesanan awal supaya dapat menjalani kehidupan lebih sihat.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa Hari Jantung Sedunia 2024 merangkumi pemeriksaan kesihatan percuma, kaunseling kesihatan dan Walk-A-Mile.

Bagi program Walk-A-Mile, yuran pendaftaran RM30 dikenakan untuk setiap penyertaan dan peserta akan menerima baju Yayasan Jantung Sarawak, topi, sarapan dan tiket cabutan bertuah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan