Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Tiga syarikat industri berat terkemuka China akan tubuh operasi di Labuan

ByBernama

LABUAN, 20 Sept: Sebanyak tiga syarikat industri berat terkemuka yang berpangkalan di China akan memperluas operasi mereka ke Labuan, mengiktiraf potensi strategik pulau tersebut sebagai hab ekonomi utama.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Datuk Seri Liew Shan Wen berkata syarikat itu — Siemens Energy High Voltage Circuit Breaker Co Ltd yang berpangkalan di Hangzhou, Laian KLX Industrial Liability Co Ltd dan InnoVision Capital — pemain yang kukuh dalam sektor industri berat di China.

“Syarikat ini merancang untuk mengeluarkan produk besi dan aluminium di Labuan, dengan bahan mentah dari China,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan wakil daripada syarikat itu di Menara Perbadanan Labuan hari ini.

Beliau berkata wakil tersebut telah melawat beberapa tapak yang berpotensi untuk mendirikan kilang dan gudang.

“Mereka telah menunjukkan minat untuk memajak kemudahan sedia ada di Kompleks Hab Halal Labuan. Sebagai pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan sedia memberikan sokongan,” katanya.

Beliau berkata syarikat tersebut menyasarkan syarikat tenaga utama di Malaysia, termasuk Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta syarikat tenaga di Thailand, Amerika Syarikat dan Mexico.

Liew berkata Perbadanan Labuan akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk membincangkan potensi insentif cukai dan kelulusan status ‘Buatan Malaysia’ bagi produk besi dan aluminium yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Pengurus Besar Laian KLX Jason Pan menyatakan keyakinan untuk merealisasikan rancangan tersebut selepas menerima taklimat daripada Perbadanan Labuan.

“Kami bersetuju untuk menggunakan Kompleks Hab Halal sedia ada untuk kilang dan gudang kami. Satu-satunya isu yang tinggal ialah memuktamadkan insentif cukai yang boleh ditawarkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan