Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setakat Ogos 2024 jumlah kemasukan pelancong berjumlah 3,289,357 orang. Foto TVS

Tidak mustahil capai lima juta pelancong menjelang hujung tahun

KUCHING, 20 Sept: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan optimis sasaran kehadiran empat juta pelancong ke Sarawak mampu dicapai menjelang pertengahan Oktober depan.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat Ogos tahun ini, bilangan kemasukan pelancong mencatat 3,289,357 orang berbanding 2,594,028 orang pada tempoh sama tahun lepas.

“Kadar pertambahan kemasukan pelancong ke Sarawak meningkat 26.80 peratus tahun ini. Kita dapat mencapai sasaran empat juta pelancong hujung bulan ini atau pertengahan Oktober depan.

“Untuk bulan Ogos sahaja, kemasukan pelancong ke Sarawak merekodkan 450,785 orang disumbangkan 297,059 pelancong asing dan 153,726 pelancong luar Sarawak.

“Jadi kita perlu menunggu sehingga Disember untuk mencapai sasaran ini memandangkan saya sudah melihat trend kemasukan pelancong yang meningkat dari Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk sambutan perayaan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2024, hari ini.

Karim menjelaskan, jumlah kemasukan pelancong turut dipengaruhi Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) lepas di samping penganjuran acara lain.

Menurutnya, acara seperti Regata Bot Naga Antarabangsa Sarawak yang bakal berlangsung Oktober depan akan menyumbang kepada kenaikan kemasukan pelancong ke Sarawak.

“Kita sasar empat juta tahun ini namun sekiranya kita dapat mencapai lima juta menjelang hujung tahun ini, ia merupakan satu rekod baharu kerana jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak yang tertinggi pernah direkodkan ialah 4.6 juta pelancong pada 2019,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan