Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Tentera Laut Indonesia gagalkan cubaan penyeludupan dadah di perairan maritim

ByBernama

JAKARTA, 20 Sept: Tentera Laut Indonesia dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggagalkan cubaan menyeludup kokain dan syabu ke Indonesia melalui perairan terluar negara itu bulan ini, lapor agensi berita ANTARA.

Dalam sidang media pada Khamis, Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Denih Hendrata memaklumkan bahawa beberapa kilogram kokain dan syabu telah dirampas di Pulau Berhala, Sumatera Utara, dan perairan Pulau Sebatik, Kalimantan Utara.

“Kami menemui 84.75 kilogram kokain dalam 74 bungkusan. Setiap bungkusan mengandungi antara 1.05 hingga 1.5 kilogram dadah,” katanya.

Pada majlis sama, Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Muda Yoos Suryono Hadi berkata kaedah yang digunakan untuk menyeludup kokain itu adalah serupa dengan sistem penghantaran narkotik di darat.

Bagi memindahkan dadah melalui laut, kurier membawa kokain melalui laluan laut dan menjatuhkan bungkusan ke perairan. Mereka kemudian memberikan koordinat bungkusan terlibat kepada penerima.

Cubaan seperti ini telah digagalkan di perairan berhampiran Selat Melaka oleh kapal peronda Tentera Laut Indonesia, KAL Pandang I-1-72 pada 16 Sept 2024.

Sementara itu, di perairan sekitar Pulau Sebatik, Tentera Laut Indonesia berjaya menangkap seorang kurier dan merampas bungkusan syabu yang hendak dipindahkan melalui laluan laut.

Perairan sekitar Pulau Sebatik merupakan kawasan perairan terluar Indonesia yang bersempadan dengan Malaysia.

Pada sidang media itu, Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Muda Ariantyo Condrowibowo, memaklumkan bahawa 1.65 kilogram syabu telah dirampas daripada kurier yang dikenali dengan parap T.

Condrowibowo berkata T telah ditahan berdasarkan data risikan yang dikumpul oleh pasukan keselamatan sempadan, yang terdiri daripada beberapa agensi.

Beliau berharap kerjasama antara penguatkuasa undang-undang dalam memutuskan rangkaian pengedaran dadah, khususnya di kawasan sempadan dan terluar, dapat terus dipertingkatkan.

“Terdapat banyak laluan belakang dan sungai di Sebatik. Kami memerlukan data risikan yang sahih untuk melakukan penangkapan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan