Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Javan Yafet bersama ibu dan bapanya selepas menerima diploma dalam jurusan Instrumentasi dan Kawalan daripada Pusat Latihan Petroleum Kimanis, Petronas. Foto TVS

Pusat Latihan Petroleum Kimanis peluang kedua buat anak muda B40

KOTA KINABALU, 20 Sept: Taraf hidup mundur dan serba kekurangan kemudahan asas di pedalaman bukanlah penghalang untuk seseorang memajukan diri dalam pendidikan ataupun kerjaya.

Sebaliknya, sikap dan minda positif ‘anak kampung’ menjadikan cabaran itu sebagai kekuatan dan pemangkin semangat sehingga mampu bergelar graduan.

Itulah kejayaan yang berjaya digapai Javan Yafet, 22, selepas menamatkan pengajian Diploma dalam jurusan Instrumentasi dan Kawalan di Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC), Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Menurut bapanya, Yafet Adjan, 53, dia dan isteri percaya pendidikan anak adalah salah satu jalan untuk mengubah nasib keluarga.

Katanya, walaupun hanya sekadar bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah dan tinggal di kampung dalam keadaan serba kekurangan, mereka mengharapkan kejayaan anak mampu mengubah nasib keluarga.

“Untuk keluar ke pekan, kami terpaksa meredah jalan balak berlumpur yang memakan masa sehingga lapan jam hanya untuk keluar ke pekan dari di Kampung Long Mio, Sipitang.

“Namun pengorbanan itu berbaloi, anak kami berjaya, mungkin itulah peluang pertama kami untuk berjaya seterusnya ke depan ke anak cucu kami,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 2024 Kimanis Petroleum Training Centre di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Yafet berkata, kehidupan di kampung sememangnya serba ketinggalan disebabkan ketiadaan kemudahan rangkaian internet.

Katanya, ketika mendapat panggilan untuk temuramah secara dalam talian bagi tawaran pendidikan ini, mereka terpaksa keluar ke pekan Sipitang kerana bimbang sesi temuramah terganggu akibat masalah internet.

Sementara itu, anaknya Javan Yafet, 22, berkata, kejayaan ini diharap dapat mengubah nasib keluarga berbanding kerja sebagai buruh kasar membina rumah di kampung.

Katanya, dia bersyukur kerana berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai juruteknik di sebuah syarikat dalam bidang galian minyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Hari ni, bagi saya, memang hari istimewa. Sebab ini adalah kali pertama saya menyertai konvokesyen begini dalam seumur hidup. Memang saya sangat gembira, seronok memang ada,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan