Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil.2/2024. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di akaun media sosial X hari ini, beliau berkata melalui inisiatif ‘Pejabat Pelaburan Digital,’ usaha untuk menarik pelaburan dalam bidang digital yang strategik terus diselaraskan.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil.2/2024.

“Saya terus dimaklumkan kemajuan dan pelaporan terkini bagi pelaksanaan Fasa 2 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN) yang menunjukkan perkembangan positif.

“Antaranya termasuk 21 daripada 25 projek digital kerajaan, yang disasarkan untuk dicapai sehingga 2025, telah diintegrasikan dengan teknologi revolusi industri keempat (4IR),” kata beliau.

Perdana Menteri berkata mesyuarat juga telah mengambil maklum mengenai status pelaksanaan rangkaian 5G negara, iaitu antara yang terpantas di dunia, dengan Malaysia mencatatkan 82 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk.

“Namun, saya tegaskan terdapat keperluan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan 5G ke seluruh negara dengan keutamaan diberikan di kawasan perindustrian, perkhidmatan kritikal, sekolah dan terutama dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam,” kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan