Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liga Perdana Inggeris bakal menyaksikan pertembungan Manchester City (Man City) menentang Arsenal hujung minggu ini apabila kedua-dua pasukan yang bersaing merebut kejuaraan akan bertemu di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad. Foto Premier League (FB)

Liga Perdana Inggeris saksikan pertembungan Man City lawan Arsenal pada Ahad

ByBernama

ANKARA, 20 Sept: Liga Perdana Inggeris bakal menyaksikan pertembungan Manchester City (Man City) menentang Arsenal hujung minggu ini apabila kedua-dua pasukan yang bersaing merebut kejuaraan akan bertemu di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad.

Manchester City memenangi kesemua empat perlawanan untuk mendahului Liga Perdana dengan 12 mata. Arsenal di tempat kedua mempunyai 10 mata sebelum lawatan mereka ke Manchester, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, Newcastle United di tempat ketiga dengan 10 mata dan Magpies berpeluang memperbaiki kedudukan mereka bergantung kepada keputusan perlawanan serta pertarungan Man City lwn Arsenal. Newcastle akan bertemu Fulham pada Sabtu di London.

Dalam perlawanan terakhir mereka pada 14 Sept, Manchester City menewaskan Brentford 2-1 setelah bangkit daripada ketinggalan, dengan bintang Norway, Erling Haaland menjaringkan dua gol di Etihad.

Penyerang Manchester City, Haaland memulakan kempen Liga Perdana 2024-25 dengan cemerlang apabila menjaringkan sembilan gol dalam empat perlawanan.

Pemain berusia 24 tahun itu mencatatkan hatrik ketika menentang Ipswich Town pada 24 Ogos dan West Ham United pada 31 Ogos. Beliau akan memberikan ancaman besar kepada Arsenal.

Musim ini dalam Liga Perdana, Arsenal dari London telah menewaskan Wolverhampton Wanderers, Aston Villa, dan Tottenham Hotspur.

The Gunners terikat 1-1 di tempat sendiri di Stadium Emirates sebelum memenangi perlawanan derby dengan 1-0 ke atas Tottenham pada 15 Sept.

Dua pemain tengah Arsenal, Mikel Merino dari Sepanyol dan Martin Odegaard dari Norway, masih menghadapi masalah kecederaan.

Pemain baharu Arsenal, Merino, yang menyertai dari Real Sociedad, mengalami patah bahu dalam sesi latihan pertamanya bersama The Gunners pada akhir Ogos dan akan berehat selama beberapa minggu.

Kapten Arsenal merangkap pemain tengah serangan, Odegaard, mengalami kecederaan buku lali semasa tugasan antarabangsa dan tidak dapat bermain.

Kedua-dua Merino dan Odegaard terlepas perlawanan derby menentang Tottenham hujung minggu lalu.

Perlawanan Man City lwn Arsenal, yang merupakan perlawanan minggu ini di England, akan bermula pada 1530GMT Ahad ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan