BAU, 20 Sept: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bau-Batu Kawa tengah hari tadi.
Komander Operasi, Tiwi Nios berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.58 tengah hari dengan menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga melanggar pembahagi jalan.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 28 tahun masih berada di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan sedar namun mengalami kesakitan di bahagian tulang belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak memberi rawatan awal dengan memasang cervical collar dan KED Medical Device.
“Seterusnya mangsa dikeluarkan dari kenderaan melalui pintu belakang dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya dan rawatan,” ujarnya.-TVS