Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis. Foto BBP Sarikei

Kajian di kawasan Air Terjun Wong Ruan bertukar tragedi

SARIKEI, 20 Sept: Seorang pelajar disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di kawasan Air Terjun Wong Ruan di sini, hari ini.

Semasa kejadian sekitar jam 11 pagi, mangsa dikatakan bersama-sama tiga lagi rakan sedang melakukan kajian di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, mayat dikenal pasti sebagai Alex Lau Hui Peng dari Sekolah Tinggi Sarikei dijumpai pada jam 12.03 tengah hari.

“Difahamkan, selesai melakukan kajian, salah seorang daripadanya iaitu mangsa terjun ke dalam sungai untuk mandi.

“Tetapi dia dikatakan tidak timbul dan menyedari kejadian itu, salah seorang rakannya melaporkan perkara tersebut kepada penduduk rumah panjang berdekatan untuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan itu, anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubuk Lemba melancarkan operasi pencarian di sekitar lokasi berkenaan.

Katanya, ketika operasi dijalankan salah seorang anggota PBS, Branddon Lamada melakukan selaman pada kedalaman tiga meter sebelum berjaya menemui mangsa.

“Namun ketika ditemui, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima laporan penemuan mayat mangsa pada jam 11.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Bomba katanya membantu membawa keluar mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

“Kita juga melakukan pemantauan susulan di lokasi sebelum menamatkan operasi pada jam 2.20 petang,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan