Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Jabatan Penjara Malaysia (FB)

Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept:  Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, pada Rabu.

Dalam satu kenyataan hari ini jabatan itu memaklumkan jabatan itu tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan pematuhan kepada prosedur semasa melaksanakan tugas.

“Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia meminta kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 dan jabatan memohon maaf atas segala kesulitan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan pencarian dan hingga kini usaha mencari banduan itu sedang dipergiatkan serta diperluaskan ke kawasan lain.

Pada Rabu, Bernama melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di hospital berkenaan melarikan diri pada 3.56 petang.

Menurut laporan itu, polis menerima maklumat daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan