Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu

ByBernama

LAHAD DATU, 20 Sept: Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di sini Isnin lepas.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Sylvester Saimin berkata punca kematian gajah yang dianggarkan berumur lima tahun dengan ketinggian hampir satu meter itu bagaimanapun belum diketahui.

“Bedah siasat sudah dijalankan dan JHL masih menunggu laporan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Slyvester berkata JHL menerima maklumat daripada orang awam berkaitan seekor gajah cedera namun pihaknya mendapati haiwan itu telah mati apabila tiba di lokasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan