Monaco, 20 September 2024: Layangan kad merah kepada Eric Garcia di awal permainan mengubah keseluruhan nasib Barcelona yang tumpas 1-2 ketika bertemu AS Monaco pagi tadi.
Perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah buat Barcelona suram seawal minit ke-10 permainan apabila pemain tengah Barca itu dihantar ke bilik persalinan kerana menjatuhkan bekas pemain tengah Liverpool, Takumi Minamino.
Pasukan bimbingan Hansi Flick yang tempang selepas itu dihukum dengan jaringan pertama tuan rumah melalui rembatan kencang Maghnes Akliouche pada monit ke-16 permainan.
Bintang muda Barca, Starlet Lamine Yamal menghidupkan kembali semangat gergasi Catalan itu apabila menjaringkan gol pada minit ke 28 permainan.
Jaringan tersebut meletakkan Yamal selaku penjaring kedua termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah pada usia 17 tahun dan 68 hari.
Bersambung separuh masa kedua Barca yang memegang rejod sempurna sepanjang perlawanan La Liga terpaksa aku dengan strategi Monaco.
George Ilenikhena menyempurnakan malam peminat Monaco di Stade Louis II Stadium apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71 permainan.
“Kemenangan menentang Barca, salah satu kelab terbesar di Eropah, membuatkan kami gembira dan bangga,
“Kami bermain dengan berani dan mencipta banyak peluang,” kata jurulatih Monaco, Adi Hutter. – TVS