Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tempat peranginan beroperasi tanpa ldokumen sah ditutup buat sementara waktu. Foto PSDKP

Dua pusat peranginan ditutup

JAKARTA, 20 Sept: Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) menutup dua pusat peranginan di Pulau Maratua dan Pulau Bakungan, Kalimantan Timur selepas didapati beroperasi menggunakan pulau kecil tanpa dokumen sah.

Hasil serbuan pasukan Pengawasan Sumber Laut dan Perikanan (PSDKP) KKP mendapat pusat peranginan tersebut gagal mengemukakan dokumen pelesenan iaitu kelulusan kesesuaian ruang laut, permit perniagaan untuk aktiviti pelancongan air dan permit penggunaan pulau kecil.

Pengarah PSDKP, Pung Nugroho berkata, kedua-dua pulau tersebut memerlukan perhatian kerajaan menyebabkan pihaknya melakukan pemeriksaan dan serbuan ke atas pusat peranginan tersebut yang dimiliki warganegara Malaysia.

“Ini antara usaha menjaga pulau kecil demi kedaulatan dan mengelak pulau tersebut daripada aktiviti haram. Kami mendapati terdapat pelanggaran, jadi kita menutup sementara menunggu kelulusan diperoleh,” katanya.

Menurutnya, penutupan tersebut juga sebagai usaha mengelak tuntutan pihak asing terhadap pemilikan pulau berkenaan.

Tambahnya, sekiranya dalam tempoh ditetapkan pemilik gagal menguruskan permit, pihaknya akan menyekat pentadbiran dan menutup pusat peranginan tersebut secara kekal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan