Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping di Great Hall Of The People, Beijing hari ini. Foto Bernama BEIJING, Sept 20 -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim shook hands with Chinese President Xi Jinping at the Great Hall Of The People in Beijing today. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

China sedia perkukuh hubungan dengan Malaysia demi manfaat rakyat

ByBernama

BEIJING, 20 Sept: China bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia, meningkatkan strategi pembangunan dan mengukuhkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua negara, kata Presiden Xi Jinping.

Xi berkata hal ini bertujuan meningkatkan manfaat bagi China dan Malaysia.

“China juga berkongsi konsep yang sama dengan konsep Malaysia MADANI yang diasaskan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Community of Shared Future (CSF),” katanya pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Xi berkata Malaysia MADANI berkongsi nilai dan sifat yang sama dengan CSF berdasarkan inovasi, penjagaan, belas kasihan, keterangkuman dan saling menghormati.

Beliau turut menggalakkan lebih banyak sektor perniagaan China bekerjasama dengan Malaysia untuk pembangunan ekonomi.

Ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Xi berharap hubungan dua hala ini akan terus berkembang sejak dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas, mengadakan lawatan negara sulung ke republik itu hingga 22 Sept ini, atas jemputan Xi.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda diberikan sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing bersempena dengan Lawatan Negara selama empat hari ke China bermula semalam. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan