Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rabu lepas, polis melaporkan seorang banduan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Foto hiasan Envato

Banduan larikan diri selepas loloskan tangan digari pada katil hospital

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh Rabu lepas, A. Kalai Kumar, dipercayai meloloskan tangannya yang digari pada katil.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata banduan berusia 27 tahun yang memiliki rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik itu dihantar ke hospital berkenaan bagi merawat telinga berdarah.

“Polis kini giat melakukan operasi bagi mengesan banduan terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lepas, polis melaporkan seorang banduan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan