Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto UKAS

19 perkampungan mesra OKU disediakan

KUCHING, 20 Sept: Sebanyak 19 perkampungan sukan dan penginapan disediakan sempena Sukan Para SUKMA XXI dengan tumpuan diberikan kepada keperluan orang kelainan upaya (OKU) dan lokasi pertandingan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penganjuran kali ini menekankan peranan sukan dalam membudayakan OKU dan menyatukan komuniti.

Menurutnya, adalah penting untuk memastikan tiada individu tercicir daripada menyertai dan menikmati manfaat sukan.

“Temasya Para SUKMA amat penting untuk mempromosi sukan dalam kalangan OKU dan menyediakan peluang kepada semua atlet terlibat dalam pertandingan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Saya selaku menteri bertanggungjawab yakin dan berpandangan sukan adalah wadah penting memperkasa OKU dan ia (sukan) wadah penting untuk mengukuhkan perpaduan dan kesejahteraan komunti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perkampung Sukan Para SUKMA XXI di sini, hari ini.

Fatimah menjelaskan, sebanyak 19 hotel disediakan yang mempunyai kemudahan mencukupi dan mesra OKU bagi memudahkan pergerakan atlet.

“Walaupun atlet para mempunyai kecacatan berbeza, ia tidak memberi masalah kerana semua hotel disenaraikan dilengkapi kemudahan bersesuaian.

“Kemudahan tersebut mampu memberikan keselesaan kepada pengguna terutama atlet yang akan bertanding dalam Sukan Para SUKMA XXI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 28 September,” ujarnya.

Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Para SUKMA buat kali pertama pada 1996 diikuti pada 2026.

Temasya kali ini menyaksikan penyertaan 15 kontinjen dengan 1,275 atlet yang akan bersaing dalam 10 jenis sukan di 10 venue.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan