BINTULU, 19 Sept: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan tindakan diambil kementerian itu dalam isu melibatkan kanak-kanak ketika ini adalah berlunaskan undang-undang negara.
Nancy berkata, beliau menjalankan tanggungjawab di bawah Akta Kanak- Kanak 2001 dan mengambil maklum kritikan segelintir pihak berhubung respon beliau terhadap isu ‘Abang Bas’ dan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).
“Ramai yang bertanya kenapa sibuk dengan isu Abang Bas tetapi tutup telinga soal isu GISBH.
Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH di Bukit Kayu Hitam
“Saya dimaklumkan ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada beberapa nama termasuk saya. Itu terpulang kerana ianya hak masing masing.
“Sekurang-kurangnya kami mahu anda semua tahu bahawa kami telah menjalankan tanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya berlunaskan Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata sekiranya kementerian beliau tidak mengambil tindakan kepada Abang Bas, kritikan tetap akan diterima oleh mereka.
Berhubung isu Abang Bas, Nancy menjelaskan ia melibatkan isu kanak-kanak dan sudah menjadi tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengambil tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang.
Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH di Bukit Kayu Hitam
“Isu Abang Bas tular, (jadi) kita tidak akan berdiam diri kerana ini amanah yang termaktub dalam undang-undang. Tindakan kita adalah dengan membuat laporan polis,” katanya.
Berhubung kes kanak – kanak yang didakwa didera yang dikaitkan dengan GISBH pula, Nancy menjelaskan siasatan di bawah bidang kuasa polis.
“KPWKM bukan agensi yang mengetuai aktiviti penangkapan dan menyiasat.
“Polis hanya memerlukan kami sebagai penjaga dan pelindung kanak- kanak (402 orang kanak-kanak GISBH) kerana itu bidang kuasa kementerian,” katanya.
Nancy turut memaklumkan segelintir daripada kanak – kanak yang diselamatkan menerusi serbuan polis disahkan menghidap penyakit autistik selain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
“Tugas kita bawa mereka berjumpa doktor.
“Jadi kami tidak akan masuk campur dengan urusan pihak polis bagi memberi ruang mereka menjalankan siasatan,” katanya. -TVS.
Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH di Bukit Kayu Hitam