Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa yang meninggal dunia tiba di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas. Foto TVS

Tekong bot nelayan maut selepas jatuh laut

KUCHING, 19 Sept: Tekong sebuah bot nelayan maut selepas dipercayai jatuh ke laut ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan pada jarak 36 batu nautika dari Tanjung Po di sini.

Pegawai Memerintah KM Marlin Leftenan Komander Maritim Mohd Khir Baharom berkata, pasukannya menerima pemakluman mengenai kejadian itu sekitar jam 4.00 petang dan berjaya menemui bot berkenaan sekitar jam 11.00 malam.

Menurutnya, ketika ditemui terdapat tiga awak-awak berada di dalam bot berkenaan dengan salah seorang tidak sedarkan diri.

” Malangnya, seorang mangsa meninggal dunia dan kita ambil pendekatan untuk membawa kapal tersebut itu ke Jeti Komples Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas.

” Dikhabarkan daripada dua awak-awak itu tekong telah jatuh laut dan apabila diselamatkan didapati tekong itu dipercayai meninggal dunia,” katanya ketika ditemui sejurus tiba daripada operasi carilamat bot berkenaan pada Khamis.

Beliau berkata, tekong bot berkenaan pengsan terlebih dahulu sebelum jatuh ke laut sehingga mengakibatkanya lemas ketika cuba diselamatkan oleh awak-awak bot nelayan berkenaan.

Katanya, ketika kejadian keadaan laut sedikit bergelora dan tidak selamat untuk bot nelayan yang kecil.

Keadaan itu juga jelas beliau memberikan cabaran untuk kapal KM Marlin melakukan operasi carilamat mangsa berkenaan.

Mayat mangsa yang di bawa ke jeti KOMTAS kemudiannya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan