Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Taufan Pulasan: Rakyat Malaysia di Timur China, dinasihatkan agar berwaspada

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Sept: Rakyat Malaysia di bahagian timur China termasuk Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui yang mungkin terjejas akibat Taufan Pulasan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, kata Kementerian Luar.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis berkata mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri disarankan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai di Unit 01, Blok B, Tingkat 9, Pusat Dawning, No. 500, Jalan Hongbaoshi, Daerah Changning, 201103 Shanghai atau melalui talian +86 21 6090 0360/ +86 21 6090 0371 atau e-mel mwshanghai@kln.gov.my,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang memantau rapi perkembangan Taufan Pulasan yang semakin menghampiri negara China.

Ketika ini diklasifikasikan sebagai taufan kategori 1, ia dijangka melanda daratan pada sebelah petang atau malam 19 Sept (Khamis) dengan kelajuan angin sehingga 153 kilometer sejam (km/j) yang boleh membawa hujan lebat serta kemungkinan banjir kilat, katanya lagi.

Menurut kenyataan itu gangguan kepada pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik dijangka berlaku.

Setakat pukul 2 petang, 19 Sept, Taufan Pulasan berada di Laut China Timur. Taufan ini diramalkan terus bergerak di laluan semasa dan mungkin menjejaskan kawasan di timur China termasuk Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan