Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cadangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung penganjuran Sukan Borneo akan dikemuka kepada pentadbiran tertinggi Indonesia. Foto TVS

Sukan Borneo: Cadangan penganjuran dikemuka kepada pentadbiran tertinggi Indonesia

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Sept: Cadangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung penganjuran Sukan Borneo akan dikemukakan kepada pentadbiran tertinggi Indonesia.

Konsul Jeneral Republik Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hasrat Kerajaan Sarawak itu.

Malah ia sekali gus membuka satu lagi peluang kerjasama antara Indonesia dan Sarawak menerusi bidang lain di samping sektor ekonomi.

“Kerjasama dalam kalangan penduduk Borneo membentuk asas kukuh untuk menjadi lebih maju dan makmur.

“Cadangan Premier Sarawak untuk mengadakan acara sukan Borneo wajar disokong, kami akan menyampaikan cadangan ini kepada pihak yang berkenaan di Indonesia untuk berpotensi menganjurkan acara sukan tahunan serupa di Borneo,” katanya.

Sebelum ini, Abang Johari dalam ucapannya semasa penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 mencadangkan agar Sukan Borneo diwujudkan semula.

Sukan Borneo pertama dianjurkan di Brunei pada 1954 dengan hanya membabitkan penyertaan empat wilayah di Borneo malah disertai pasukan jemputan dari Malaya, Filipina dan Papua New Guinea.

Kali terakhir sukan tersebut diadakan pada 2009 di Brunei Darussalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan