Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol, Norazibah Md Rabu (dua kiri) dan Mohamad Rizal Sahari (dua kanan) merasmikan Stesen Minyak ROVR Petronas di Kampung Tekajong, Pulau Bruit, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Stesen Minyak ROVR Petronas di Tekajong jimatkan kos dan masa penduduk

PULAU BRUIT, 19 Sept: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini merasmikan sebuah lagi Stesen Minyak ROVR (Sistem Kontena Mudah Alih) di Kampung Tekajong di sini, menjadikan ia ROVR keenam di Sarawak.

Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md Rabu berkata ROVR yang dikendalikan sepenuhnya oleh Petronas Dagangan Bhd (PDB) itu turut disediakan di Long Tebila, Sebuyau, Lundu, Kuala Tatau dan Julau.

“Saya diberitahu bahawa penduduk di sekitar Pulau Bruit adalah lebih dari 10,000 orang dan terdapat tujuh kampung berdekatan dengan Stesen Minyak ROVR ini (Tekajong).

“Kami melalui PDB memperuntukkan sebanyak 60,000 liter petrol setiap bulan untuk memastikan keperluan dan permintaan penduduk di sini mencukupi,” katanya berucap pada majlis tersebut, hari ini.

Perasmian ROVR Tekajong disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Sarawak Mohamad Rizal Sahari.

Sambil berkata ROVR itu telah memulakan operasi pada November tahun lepas, beliau yakin dengan adanya kemudahan ini, penduduk di Pulau Bruit dapat menikmati harga petrol sama seperti harga di pasaran iaitu RM2.05 seliter.

“Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini penduduk dan juga nelayan terpaksa ke bandar terdekat untuk mendapatkan bahan bakar.

“Dengan adanya Stesen Minyak ROVR, masalah ini dapat diatasi di samping dapat menjimatkan kos dan masa untuk ke bandar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan