Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah semasa latihan memanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arang di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Skuad memanah diharapkan pamer aksi hebat

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 19 Sept: Skuad memanah para Sarawak berharap dapat meraih pingat emas pada Sukan Para SUKMA XXI.

Atlet memanah recurve wanita, Nur Ezzatul yang berasal dari Limbang berkata, sasaran awal adalah pingat gangsa namun diharapkan kem memanah mampu meraih pingat emas.

“Kami sasarkan gangsa untuk tahun ini, Namun kalau kami boleh berikan lebih, kami akan cuba berik yang terbaik,” katanya ketika ditemui semasa latihan memanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Arang hari ini.

Menurutnya, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah meminta kem memanah berusaha mendapatkan pingat emas.

“Sukan memanah di Sarawak masih dalam fasa pembangunan dan kita baru kali kedua menyertai Sukan Para SUKMA.

“Kami sebelum ini menyertai Sukan Para SUKMA 2022 dan hanya seorang yang mewakili Sarawak,” ujarnya.

Dalam edisi tersebut, Nur Ezzatul meraih kedudukan ketujuh daripada 13 peserta.

Nur Ezzatul berkata, tahun ini pasukan memanah Sarawak menampil tiga atlet.

“Selain saya sendiri, kami menampilkan dua lagi atlet berbakat iaitu Ratna Dewi,22, dan elvin Gibbs Wilson,22,. Kami berharap penyertaan lebih ramai atlet ini, sasaran untuk meraih pingat akan menjadi kenyataan,” jelasnya.

Menurutnya, skuad memanah berazam untuk memberi saingan sengit kepada kontinjen lain seperti Sabah, Pahang dan Terengganu.

“Negeri lain memang hebat tetapi kami berharap dapat memberikan persaingan kepada mereka,” kata Nur Ezzatul.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berharap kem memanah Sarawak tidak mudah berputus asa.

“Skuad memanah sudah menunjukkan peningkatan besar semasa latihan. Apa yang kita harapkan mereka dapat memberikan yang terbaik dan mengatasi pencapaian terdahulu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan