Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi mencari jasad kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dibaham buaya ketika mandi sungai di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, semalam. Foto JBPM

SAR kanak-kanak dipercayai dibaham buaya temui jalan buntu

TATAU, 19 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua yang dijalankan hari ini masih gagal menemui kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai dibaham buaya petang semalam.

Komander Operasi, Jankey Jikat berkata, SAR yang bermula pagi tadi dimulakan radius pencarian anggaran satu ke dua kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Kawasan pencarian meliputi Sungai Sap dan Sungai Jelai di kawasan sepanjang sungai Pekan Tatau lama.

“Pada sebelah petang pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer Sungai dan Pulau Pinang Tatau sepanjang Sungai Tatau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa masih gagal dijumpai dan SAR dihentikan pada jam 6 petang dan disambung esok hari.

Turut serta dalam SAR itu ialah enam anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), 12 orang awam dan empat kakitangan SFC Bintulu.

Dalam kejadian petang semalam, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama keluarganya di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa dikenal pasti Cicilia Julan Intik berusia enam tahun.

Difahamkan mangsa mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya pada jam 6.30 petang, kejadian disaksikan sendiri datuk mangsa yang turut berada dilokasi kejadian.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan