Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki warga asing direman lima hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi siasatan lanjut kes memberi suapan RM500 kepada anggota penguatkuasa. Foto SPRM

Rasuah penguatkuasa RM500, dua warga asing direman lima hari

GEORGE TOWN, 19 Sept: Dua buruh warga asing direman lima hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi siasatan lanjut kes memberi suapan RM500 kepada seorang anggota penguatkuasa.

Perintah reman bermula hari ini hingga 23 September depan itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek warga Myanmar berusia 31 dan 53 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah menawarkan wang suapan kira-kira RM500 kepada seorang anggota penguat kuasa yang bertugas.

“Ia sebagai balasan memberi kebenaran masuk pekerja asing yang tiada dalam senarai kebenaran untuk membuat kerja-kerja kontrak di sebuah loji air yang terletak di negeri ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes itu disiasat di bawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan