Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk memutuskan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di negeri itu. Foto Bernama

Pulau Pinang akan bincang bantuan kepada mangsa banjir

ByBernama

TASEK GELUGOR, 19 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk memutuskan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim berkata perbincangan itu akan dibuat dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bagi menentukan bantuan apa yang akan disalurkan.

“Hari ini saya hadir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi untuk melawat mangsa-mangsa banjir dan dalam masa sama melihat keperluan bantuan yang mereka perlukan.

“Berhubung bantuan oleh kerajaan negeri, saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk melihat cara terbaik kita boleh membantu mangsa, mesyuarat itu akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di PPS SK Lahar Yooi di sini hari ini.

Sehingga pukul 7.30 malam ini, seramai 590 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS di seluruh negeri itu selepas hujan lebat dan ribut melanda Pulau Pinang sejak tiga hari lepas menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.

Lim berkata mangsa-mangsa banjir masih belum dibenarkan pulang ke rumah mereka kerana masih belum selamat berikutan air banjir belum lagi kering sepenuhnya.

Pemeriksaan pasukan keselamatan bertugas mendapati rumah penduduk digenangi air berikutan hujan lebat sebelum ini yang bertembung dengan air laut pasang besar.

“Saya cakap dengan mangsa yang tinggal di sini, mereka maklumkan rasa syukur dengan semua bantuan yang diberikan dan ia mencukupi, kita semua berdoa agar keadaan bertambah baik supaya mereka dapat pulang ke rumah,” katanya.

Lim menambah bahawa beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan