Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir dalam usaha memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah. Foto hiasan Envato

Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah

ByBernama

ARAU, 19 Sept: Polis meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir dalam usaha memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya membuat rondaan tambahan secara berkala yang turut melibatkan balai polis selain rondaan biasa oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Kita membuat pemantauan ke atas rumah mangsa banjir dengan rondaan secara berkala yang mana kita akan mendapatkan maklumat berkaitan alamat rumah, nombor telefon rumah terlibat bagi pemantauan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau membuat tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan kawasan terlibat banjir di sekitar daerah Arau.

Ahmad Mohsin turut menasihati mangsa banjir untuk tidak meninggalkan barangan berharga di rumah ketika berpindah ke PPS.

Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini kejadian pecah rumah atau jenayah lain tidak berlaku semasa banjir melanda daerah Arau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan