Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata bercakap semasa sesi sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Polis siasat operasi GISBH di Sarawak, belum ada laporan salah laku

KUCHING, 19 Sept: Siasatan dan risikan berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan berkenaan salah laku yang membabitkan GISBH di Sarawak.

Jelas beliau pihaknya telah mengenal pasti beberapa operasi yang telah dijalankan oleh GISBH dan kini pemantauan serta risikan masih giat dilaksanakan.

“Belum ada laporan tentang salah laku di Sarawak dan pemantauan serta risikan kita lakukan bersama Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Sebelum ini GISB dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis minggu lepas.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Difahamkan, rangkaian perniagaan GISBH beroperasi di 16 buah negara dan mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan