Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerbit filem AS Harvey Weinstein menghadiri perbicaraan mahkamah di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York pada 18 September 2024. Foto, AFP.

Penerbit filem Hollywood mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah seks

NEW YORK, 19 Sep: Penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein pada Rabu mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah yang baharu dikenakan terhadapnya.

Weinstein, 72, tiba di bilik Mahkamah Manhanttan dengan kerusi roda selepas menjalani pembedahan jantung minggu lalu, membuat pengakuan itu selepas dituduh melakukan jenayah seksual.

Peguam Daerah Manhattan, Alvib Bragg berkata Weinstein didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah hotel di Manhattan antara 29 April 2006 hingga 6 Mei 2006.

“Terima kasih kepada mangsa yang berani tampil ke hadapan, Harvey Weinstein kini didakwa atas dakwaan tambahan serangan seksual ganas. Siasatan sedang dijalankan,” kata Bragg dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Peguam Weinstein, Arthur Aidala berkata berkata dakwaan serangan seksual di sebalik pertuduhan baharu itu selepas hampir dua dekad dan memberitahu dia tidak tahu dengan lebih lanjut ketika ini.

Weinstein sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas disabitkan dengan tuduhan merogol di California.

MrBeast disaman peserta ‘Beast Games’ atas gangguan seksual, penganiayaan

Dia juga disabitkan di New York pada 2020 atas tuduhan rogol dan serangan seksual terhadap seorang pelakon dan melakukan seks oral secara paksa ke atas pembantu produksi.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun dalam kes itu.

Mahkamah Rayuan New York, bagaimanapun membatalkan sabitan itu pada April dan Weinstein sedang menunggu perbicaraan semula atas tuduhan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan