Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakistan mengutuk serangan keganasan Israel yang menggunakan alat kelui dan peranti komunikasi di Lubnan serta menyifatkannya sebagai tanda “pengembaraan keganasan Israel yang membimbangkan” di rantau itu. Foto AFP

Pakistan kecam serangan Israel guna peranti komunikasi di Lubnan

ByBernama

NEW DELHI, 19 Sept: Pakistan mengutuk serangan keganasan Israel yang menggunakan alat kelui dan peranti komunikasi di Lubnan serta menyifatkannya sebagai tanda “pengembaraan keganasan Israel yang membimbangkan” di rantau itu.

Menggunakan kaedah siber dan elektronik untuk melakukan keganasan di negara lain adalah tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch dalam taklimat media di Islamabad pada Khamis.

“Serangan keganasan ini adalah manifestasi pengembaraan Israel yang membimbangkan di rantau itu,” katanya sambil mendakwa rejim Zionis itu membahayakan keamanan dan keselamatan serantau.

Pegawai keselamatan Lubnan yang dipetik dalam media mengatakan rangkaian perisikan Israel telah menanam bahan letupan dalam ribuan alat kelui dan walkie-talkie yang diimport dari pengeluar Asia Timur dan meletupkannya dengan menghantar mesej berkod. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan