Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Azila sibuk melayan pelanggan di Bangunan Tamu Limbang.

Manfaat musim cuti cari duit poket sendiri

LIMBANG, 19 Sept: Dua beradik memanfatkan musim cuti dengan membantu ibu mereka berniaga selain dapat mencari wang saku untuk menampung perbelanjaan di universiti kelak.

Ketika rakan seusia sedang lena diulit mimpi, pelajar Universiti Teknologi Mara (UTM) Johor, Folenna Japiri,22, bangun seawal jam 5 pagi untuk ke Bangunan Tamu Limbang bagi menjalankan perniagaan sayur-sayuran yang diusahakan ibunya.

Dia yang kini belajar dalam semester lima jurusan Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah ditemani adiknya Jacylin,20, sibuk menyusun sayur segar di gerai sebelum pelanggan datang.

Menurut Folenna, selain menjadi satu tanggungjawab membantu ibu mereka berniaga, musim cuti dimanfaatkan untuk mencari wang tambahan bagi menampung perbelanjaan.

Tambahnya, musim cuti adalah masa paling tepat untuk mencari wang saku sendiri selain meringankan bebanan ibu yang bekerja.

“Sepanjang cuti, saya mengambil kesempatan membantu ibu berniaga, saya perlu mencari duit kerana belajar di universiti dan adik saya akan memasuki universiti.

“Jadi kami mesti membantu ibu bapa mencari duit,” katanya ketika ditemui di Bangunan Tamu Limbang hari ini.

Folenna menasihati rakan seusianya agar dapat membantu dan berbakti kepada ibu bapa selain mengelak melakukan aktiviti tidak bermanfaat.

Sementara itu, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun, Nur Azila Ahad,16, pula sanggup mengenepikan rasa mengantuk dan bangun seawal jam 4 pagi untuk membantu ibu membuat burger dan kelupis sebelum dijual di Bangunan Tamu Limbang.

Dia yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik gembira dan seronok kerana dapat membantu ibu berniaga sepanjang cuti sekolah.

Menurutnya, usia muda bukan penghalang kepadanya mencari duit poket sendiri.

“Sepanjang cuti sekolah ini saya bangun pukul 4 pagi menolong ibu saya buat burger dan kelupis. Saya rasa seronok dapat tolong keluarga dan dapat cari duit sendiri,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan