KUCHING, 19 Sep: Malaysia dan Brazil akan bekerjasama dalam pelbagai sektor termasuk kelestarian dalam sekitar dan pembangunan mampan.
Kementerian Luar dalam kenyataan di X menjelaskan, semasa Perundingan Dua Hala Malaysia – Brazil pada Rabu, kedua-dua negara bersetuju mengkaji hubungan ekonomi dalam industri perdagangan dan pelaburan, industri halal, tenaga, pertanian serta kesihatan.
“Kedua-dua pihak membincangkan isu serantau dan pelbagai hala dengan kepentingan bersama.
“Ia termasuk konflik Palestin-Israel dan Rusia-Ukraine, permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS, Pengerusia ASEAN-Malaysia 2025 dan penganjuran G20 oleh Brazil pada 2024 serta COP 30 pada 2025,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut Kementerian Luar, rundingan julung kali diadakan itu berlangsung secara maya.
Rundingan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Agung (Dua Hala) Dato Ahmad Rozian Abdul Ghani dan Setiausaha Asia dan Pasifik Brazil, Duta Besar Eduardo Paes Saboia.-TVS